KANCIL PINTAR

Kancil Pintar

Sejarah Penubuhan Kancil Pintar

  • Tadika Kancil Pintar di tubuhkan pada tahun 2003. Ia di asakan oleh Puan Hajjah Norlida Binti Abdul Aziz. Tadika Kancil Pintar berdafatar di bawah Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru. 
  • Awal penubuhan Tadika Kancil Pintar ini adalah salah satu kemudahan kepada penduduk di sekitar Perumahan Sementara Abu Kasim  Am nya dan penduduk di sekitar Taman Perling khususnya.
  • Pada tahun 2015 Puan Hajjah Norlida besara dari menguruskan Tadika Kancil Pintar. Pihak Tadika Kancil Pintar telah melantik Puan Noor Atiqah Binti Rahmat untuk menyambung urusan pentadbiran Tadika Kancil Pintar. Puan Noor Atiqah merupakan lulusan Universiti Teknologi Mara ( UiTM) dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau juga pernah menguruskan Tadika Didik Oasis di Kota Tinggi Johor. 
  • Pada Tahun 2016 untuk pertama kalinya pihak Kancil Pintar berjaya mendapatkan Lesen Taska Kancil Pintar AR  dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pada awal tahun 2017 pihak Taska Kancil Pintar AR  membuka Cawangan ke dua di Taman Nusabayu Iskandar Puteri Johor. 
  • Pada awal tahun 2018 Cawangan ke dua Tadika Kancil Pintar di buka di Taman Nusabayu Iskandar Puteri  Johor.
  • Setelah dua tahun Tadika dan Taska  Kancil Pintar di Taman Nusabayu menjalankan operasi di tempat yang belainan. Pada Tahun 2020 Tadika dan Taska Kancil Pintar dapat berpindah ke premis bangunan yang berhampiran. Iaitu di No.1 & 3 Jalan Bayu 8/1, Taman Nusabayu Iskandar Puteri Johor.
  • Pada tahun 2022 ini pihak Kancil Pintar merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 2 Taska dan 2 Tadika di sekitar Johor Bahru.
  • Pada April 2022 pihak Kancil Pintar akan memulakan operasi Taska Cawangan Ke 3 di Taman Impian Emas Skudai Johor. 

Kenapa Nama Kancil Pintar di Pilih?

Ramai yang bertanya kenapa Kancil? dan ada juga yang mentertawakan kami bila kami memperkenalkan nama Kancil Pintar ini. Kancil kami ambil sebagai satu simbol kekuatan bukan kelemahan. Kancil adalah seekor haiwan yang kecil yabng mampu hidup di tengah-tengah hutan yang luas dan penuh dengan dugaan. Begitulah juga perumpamaan kanak-kanan yang di didik di Tadika atau Taska Kancil Pintar walaupun mereka kecil tapi hasil didikan dari sini dapat membawa mereka bersedia untuk menempuh tumbersaran yang penuh dugaan ini. Dan kenapa perkataan Pinta di gunakan ini di sebabkan kami menganggap kanak-kanak yang hadir di sini mempunyai sifat yang pintar pada diri masing-masing. Dan kepintaran mereka ini boleh digunakan untuk membentuk diri mereka menjadi insan yang berguna.

Visi/Misi Tadika & Taska Kancil Pintar

Barisan Guru Kami

Scroll to Top